Kelas Powerpoint (Asas)

17 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 16 Febuari 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas Powerpoint yang bermula pada jam 9 pagi sehingga 12 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 7 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Ms Powerpoint kepada peserta. Peserta diterangkan tentang cara menggunakan setiap button yang terdapat dalam program Ms Powerpoint.

Antara pengisian kelas pada kali ini adalah pembelanjaran tentang cara mengedit latar belakang slide, meletakkan gambar ke dalam content slide, membuat word art, mengedit shape, memasukkan animation dan transition ke dalam slide, dan akhir sekali memasukkan bunyi ke dalam slide. Pada awal sesi pembelajaran, peserta diajar cara mencari gambar menggunakan enjin carian Google dan menyimpan gambar tersebut ke desktop sebelum digunakan ke dalam slide powerpoint.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali